Sabtu, 26 Julai 2008

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran


JANUARI
  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sihat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • berfikiran abstarak
  • sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • inteligent, bijak dan genius
  • berpersonaliti yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong mudah
  • memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

  • berpersonaliti menarik dan menawan
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumah tangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka dapat perhatian
  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal
  • berkecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lambat sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

  • seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
  • agak pendiam kecuali diransang
  • ada harga dan maruah diri
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • berjiwa sentimental
  • kurang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan serupa kepada semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang tajam
  • suka menilai orang lain dengan pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari kesihatan
  • bahagian perut mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • minta disayangi
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk terutama cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya pemerhatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka memimpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • sangat cermat, teliti, dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan, dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas bersistematik

OKTOBER

  • suka sembang
  • suka orang sayang padanya
  • suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikan luar dan dalam
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
  • sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik, tetapi merajuk tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam kabut
  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
  • suka melancong, bidang sastera, dan seni
  • pengasih, penyayang, dan lemah lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat

NOVEMBER

  • banyak idea dalam sesuatu perkara
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam
  • cara berfikir lain dari orang lain
  • berfikiran kehadapan, unik, dan bijak banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
  • daya firasat sangat halus dan tinggi
  • bagus sebagai doktor
  • cermat dan teliti
  • personaliti dinamik
  • tidak hargai pujian
  • bercita-cita tinggi
  • terlalu degil dan keras hati
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
  • pandai mendorong diri sendiri
  • berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
  • mudah ambil berat terhadap orang lain tak suka marah kecuali tergugat
  • pandai muhasabah diri
  • romantik
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
  • suka duduk di rumah
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

  • sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi
  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok didampingi
  • pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • suka bercampur dengan orang
  • suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • benci pada kongkongan

Jumaat, 25 Julai 2008

RahSia WaNita BerDasaRkan 4 UnSuR

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelasi
v) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
  • Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
  • Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
  • Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat Api:
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.Penasihat yang baik kepada suami.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
  • Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu.Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.Bijak mewujudkan suasana selesa. Hati yang cepat berubah ubah.

Isnin, 14 Julai 2008

A True Friend...

I aLWayS KnoW
WheN ThinGs Go Right
My HapPiNeSS
You'll SharE
aNd I KnoW TheRe aRe
FeW LiKe YoU,
TruE FrieNds
ArE VerY RarE...


Rahsia Warna Kegemaran

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait denagn tenaga seksual, juga kemarahan.
Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.
Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.
Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.
Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

Kita Sebenarnya...

Kita Sebenarnya.. .
Lebih gembira menyambut 1hb Januari drpd 1 Muharram

Kita Sebenarnya.. .
Lebih tahu apa itu 14hb Febuari drpd 12 Rabiulawal

Kita Sebenarnya.. .
Lebih kusyuk mendengar lagu drpd mendengar azan

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka melepak, tidur, tengok tv drpd sembahyang

Kita Sebenarnya.. .
lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama Nabi Nabi Allah

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka menyebut hello @ hai drpd Assalammualaikum

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka menyanyi dangdut drpd berwirid @ bertahmid

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka memaki, mengumpat orang drpd memuji mereka

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka mencarut #@!!#*@!! drpd menyebut Masyaallah

Kita Sebenarnya.. .
Lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan

Kita Sebenarnya.. .
Lebih cintakan urusan dunia drpd urusan akhirat

TETAPI...BILA ORG BERTANYA ARAH TUJUAN KITA, KITA PASTI AKAN MENJAWAB..

"Kita Sebenarnya.. .
LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DARIPADA NERAKA...... "

TETAPI LAYAKKAH KITA DGN SYURGA ALLAH?


Bersama kita muhasabah diri kita........ ....... wassalam


-------------------------------
Semakin Hari Semakin Rindu...untuk Bertemu Denganmu Ya Rasulullah...

Kata2 Lao Tze

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan.
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kata2 Charles Cahier

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

KASIHNYA TUHAN PADA WANITA


Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya. "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
  1. Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan ‘femme’ untuk isteri. Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran. Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ’imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
  2. Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
  • "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
  • "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."
  • "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina." (Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
  • "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
  • "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinyayang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka." (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang merekaakan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

  1. Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semuliaini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Diamemberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakanpenghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan. Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberipenghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
  2. Diberi Pahala yang Berterusan Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain merekasentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu. Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkandosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknyapahala yang Tuhan sediakan untuknya. Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepadagolongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Cinta Seorang Lelaki.


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.



Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.


3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap-luap.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.


10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


HARGAILAH MEREKA


Ahad, 13 Julai 2008

REnuNgiLah...!



Sayangilah diri anda walau di mana jua anda berada.
ini kerana anda merupakan harta keluarga yang paling berharga dan bernilai.

Madah Imam Shafie

* Perhiasan Ulama itu ialah takwanya, keelokannya, akhlak mulia dan kecantikannya murah hati
* Tidaklah berjaya seeorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan
* Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama,selain daripada kesukaanya terhadap perkara yang tidak disukai Allah
* Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat
* Barangsiapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak berkhalwat(menyendiri),mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang yang bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang yang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.
* Orang yang berakal adalah orang yang diikat oleh akalnya dr perbuatan tercela
* Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka
* Barangsiapa yang menasihati saudaranya secara diam-diam bererti dia menginginkan kebaikannya
* Barangsiapa menasihati saudaranya ditengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

Itulah antara madah Imam Shafie untuk kita berfikir arah tuju kehidupan selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

- Petikan dari Berita Harian-

Bicara Hati

Hidup ini bagaikan sebuah roda, ada kalanya kita dibawah, Hadapilah semua itu dengan hati yang terbuka.

BerNiat SamBil BerWuduk..

Assalammualaikum

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.

LuCuNyA!!!!

"*Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*45 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu utk pertandingan bola sepak.

*Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v dan wayang di pawagam.

*Susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kengkawan,pakwe,makwe.

*Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

*Susah sangat baca Al-Quran 1 juz tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert ,dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

*Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya utk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan dlm agenda kita tapi utk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high-tea , jadual kita boleh diubah sekelip mata.

*Susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebarkan gosip.

*Kita begitu percaya pada yg dikatakan oleh org sbg email layang di internet tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yg terkandung dlm Al-Quran.!

* Semua org inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa

Petikan dari www.mmasweb.cjb.net
-------------------------------
Menyemai Ukhwah Memekar Persahabatan

RIAK ITU PERANGKAP SYAITAN

Secara ringkas, riak ertinya menunjuk-nunjuk. Riak dalam ibadah umpamanya, ialah memperlihatkan sesuatu ibadah atau amal kebajikan yang dikerjakan kepada manusia dengan niat (walaupun amat sedikit) supaya diperhati, disanjung atau dipuji.
Riak ada 3 tanda:
i) Malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila berada di hadapan orang.
ii) Membanyakkan amal apabila dipuji.
iii) Mengurangkan amal apabila dicela.

Orang yang beramal dengan riak tidak mendapat apa-apa pahala, malah berdosa pula.
Di akhirat kelak Allah s.w.t. berfirman kepada mereka yang berbuat riak,
"Pergilah kepada mereka, di mana kamu mengerjakan amalmu untuk diperlihatkan kepada mereka di dunia. Maka lihatlah, adakah kamu memperoleh balasan dari mereka?"

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi.

Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse) Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah dari. William A. Anthony, Ph.di. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J.

Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' dari. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Tanda ALLAH Cinta...

Bila kita berjalan
Alangkah eloknya
Orang ikhlas memandang
Orang bangkit memuliakan
Seperti lagaknya Umar Abdul Aziz
berjalan
Di Arafah tempat pilihan


Itulah sebenarnya tanda…
Tanda Allah cinta padanya
Bila hati manusia turut terpaut sama.


Sesungguhnya teman
Jika Allah cinta padamu
Akan berseru Jibril di langit


“Sesungguhnya, Allah cinta padamu Ya si fulan”
"Allah cinta padamu Ya si Ahmad”
“Allah cinta padamu Ya si Raju”
“Allah cinta padamu Ya si Ah Chong”
“Allah cinta padamu Ya si David”


Maka
Seluruh penghuni langit mula jatuh hati
Dan
Seruan cinta dilanjutkan ke bumi
Maka cinta bersemi di planet bumi
Satu persatu terpaut hati


Awas teman!
Jika
Dia memurkaimu
Jibrilpun berseru di langit
“Sesungguhnya, Allah amat murka padamu si fulan!!!”

”Allah murka padamu si Mamat!!!”
“Allah murka padamu si Raj Joo!!!”
“Allah murka padamu si Chong Ngok!!!”
“Allah murka padamu si Day veed!!!”


Maka
Seluruh penghuni langit murka padamu
Dan
Seruan benci dilanjutkan ke bumi
Maka seluruh planet bumi pula jatuh benci
Satu persatu dendamnya berapi


Wahai manusia
Wahai jin dan haiwan
Wahai angin, air dan api
Wahai pokok, tanah dan bukit
Wahai gunung
Wahai matahari
Wahai atom-atom, molekul dan sebatian
Wahai virus nyata dan maya
Wahai sekelian mahkluk yang tercipta
SesungguhnyaAllah murka pada si fulan


Maka... bibit bencana bercanda
Banjir besar, tsunami,
ribut taufan, tornado, jerebu,
haiwan ternakan penyakit melanda,
virus menggila,volcano meletuskan isinya,
gempa bumi, gerakan tanah
kemarau kering tumbuhan tak keluar,
hutan terbakar, panas terik tak terkata
Masalah sosial menjadi gejaladan banyak lagi tanda-tanda kemurkaannya


Apakah mahu bencana berlaku lagi maha dahsyat nanti
Baru tersentak dan tu baru terngadah?
Baru tersedar dari terleka?
Oh! Sudah terlewat saat itu


Maafkan Daku wahai makhlukKu
SudahKu ingatkanmu melalui pesuruh dan kitab-kitabKu
Aku maha kasih padamu,
Aku maha sayang padamu
Tapi kau buat Aku benci
Kau buat Aku luka hati
Sanggup kau menduakanKu..
Sanggup kau meninggalkan suruhanKu
Sanggup kau melakukan laranganKu
Aku sudah puas bersabar
Bila Aku Murka
Kemaafan sudah Ku”delete” semuanya
Aku jadi kejam. Maha kejam pula!


Tidak terdengarkah adanya jeritan suara di Siberia
Tatkala proses carian minyak di sana
Bukankan sudah ternyata ada Syurga dan Neraka?
Harus bagaimana?
Jadi...

Yang mana satu jadi pilihan hati?
Mahu dicintai atau dimurkai
Mahu disayangi atau dibenci


Sesungguhnya ia pemberian Rabbi
Anugerah atas amalan diriBuat baik tautnya bersemi
Yang dilarang Tuhan patut dijauhi
A’mal makruf nahi mungkar dalam arabi
Itulah petua atau rahsia

Panduan untuk bercinta denganNya.
Sesungguhnya banyak rahsia sudah terbongkar
Satu persatu Ku izin keluar
Hanya berfikir dapat dicapai...Berfikirlah.
Kerana ia tanda orang beriman.
Sesungguhnya orang yang beriman yang Kucinta.

-------------------------------


KaTa2 HikMah Org2 Soleh..

Kata-kata orang soleh perlu diambil sebagai renungan untuk mendorong kita membaiki diri. Banyak kata-kata hikmah yang boleh dikutip daripada Rasulullah,para sahabat dan orang-orang soleh.

1.Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:


"Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal dan Allah beri tambahan pahala kepada orang-orang yang sabar."
"Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan airmata sebelum datang saat dimana mata menitiskan darah dan gigi menjadi bara."

2.Sayyidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah:

"Wahai Rasulullah,apa adakah nanti umatmu yang dapat masuk Syurga tanpa Hisab?" Jawab Baginda: "Ada,iaitu orang yang mengenang-ngenang dosanya lalu dia menangis."

3.Sayyina Umar Al-Khattab berkata:

"Jikalau tidaklah kerana takut dihisab,akan aku perintahkan membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti."
"Barangsiapa takut kepada Allah nescaya tidak dapat dilihat marahnya.Barangsiapa takutkan Allah tak sia-sia apa yang dia inginkan.

4.Sayyidina Ali berkata:

"Janganlah mengharap seseorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya."
" Buta hati,lupa zikrullah dan lalai akan menghindarkan diri dari garis ketetapan dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan.sampai masanya ia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya."

5.Imam Syafie berkata:

"Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah(keji)."
6.Umar Ibnu Aziz menasihati gabenornya:

"Kekuasaan yang ada ditangan saudara-saudara telah memungkinkan bagimu untuk menzalimi rakyat.Bila terasa dihatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya Kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara."
"Ketahuilah kejahatan yang anda timpakan pada rakyat akan hilang lambat laun bekasnya dari mereka tetapi tetap bekasnya untuk saudara2 dalam daftar dosa.Ketahuilah bahawa Allah membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya."

7.Luqmanul Hakim menasihati Anaknya:

"Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan lebihan hasil usahamu untuk akhirat.Dunia jangan ditolak habis agar engkau jangan jadi 'parasit'(org yg hidup menumpang pada org lain dan tidak membalas apa-apa) yang menjadi beban manusia lain."
"Janganlah engkau berteman duduk dengan orang yang bodoh sombong dan jangan dirapati orang yang bermuka dua."
-------------------------------
"KeNaNgAn ItU uNiK dI hAtI,
wAlAu BeRsEnDiRiAn PaStI iA mEnEmAnI...
sEtIaP yAnG mAnIs MaMpU dI kEnAnGi,
WaLaU tIaDa Di MaTa KiNi,
Ia HaDiR bIlA dI RiNdUi,
KeRaNa AsAsNyA iA kEkAL dI dAsAr HaTi....

TaSbIH FaTiMaH...

** Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah,
sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33x,
Alhamdulillah 33x,
Allahuakbar 33x.

INGATLAH...

'Kecantikan akan Luput'
'Kejaguhan akan Kelam'
'Kekayaan akan Lebur'
'Keangkuhan pasti Hancur'
'Yang tinggal...
'Keteguhan Iman & Taqwa asas dari Ilmu & Amal
-------------------------------
HiDuP iNi baGaIKan RoDA,
SeKejAP kiTa di AtaS,
SekeJap kiTa di BaWAh...

KATA-KATA HIKMAH..

SAYIDINA ABU BAKAR:
1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :
1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiksebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.

2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."
------------------------------------------------------------------------------------------------
jangan berjalan di depan ku
kerana aku takkan mengikutimu,
jangan berjalan di belakang ku
kerana aku takkan menjadi ketua mu,
tetapi berjalanlah di sebelah ku
kerana aku ingin kamu menjadi sahabat ku...

Jumaat, 11 Julai 2008

kAdAnG-kAdAnG...

" TO LOOK FORWARD, SOMETIMES WE MUST TO LOOK BACK..."

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.


  • Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
  • Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
  • Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
  • Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali.
  • Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
  • Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat.
  • Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain.
  • Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
  • Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
  • Solat thajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
" Zikir yang termulia ialah LAILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."
Moga Ada Manfaat..

TIP MUDAH PENJAGAAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA...

  1. Penggunaan berus dan sikat rambut yang tidak sesuai juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan kering. Tidak digalakan menggunakan berus untuk menguraikan rambut yang basah. Sebaliknya, gunakan sikat gigi.
  2. Pencucian kerap dengan syampu tidak bersesuaian boleh menyebabkan rambut kering.
  3. Kerap menukar jenis syampu dan perapi juga boleh merosakkan rambut.
  4. Bahagian rambut yang paling mudah rosak adalah di bahagian hujung. Digalakkan untuk menggunting rambut dari semasa ke semasa bagi mengelakkan hujung rambut pecah.
  5. Hadkan proses pewarnaan rambut kepada dua kali setahun.

HADIS PILIHAN: Golongan Yang Mendapat Naungan Allah...

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:

Tujuh golongan Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:

- Imam yang adil;

- Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah;

- Insan yang hatinya terpaut dengan masjid;

- Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah;

- Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah;

- Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah;

- Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya;

- Insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.

(riwayat Bukhari dan Muslim)

BILA DOA MUDAH DAN CEPAT DIKABULKAN?

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?

Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

1. Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.

2. Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.

4. Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.

5. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

6. Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

7. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.

8. Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.

9. Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan.
Diantaranya:
i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

ii. Ketika Lailatulqadar.

Khamis, 10 Julai 2008

8 Rahsia Lelaki

1. lelaki tidak detail dalam percakapan

Contoh Kes : Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."

ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi

Contoh Kes : Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

Contoh Kes : Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.

Contoh Kes : Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!

AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip

Contoh Kes : Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."

AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengagungkan IBU mereka.

Contoh Kes : LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."

Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!

Contoh Kes : Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.

Contoh Kes : Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan...?

AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain.

3 GOLONGAN TIDAK MASUK SYURGA


SAIDINA Abu Bakar As Siddiq meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: “3 golongan tidak masuk syurga ialah penipu, bakhil dan suka mengungkit-ungkit ( pemberiannya )”.

Golongan Pertama
(Penipu)

Menipu perbuatan keji yang dibenci Islam kerana menipu boleh mengguris hati seseorang yang memberi kepercayaan kepadanya. Akibat perbuatan itu, orang lain yang jujur akan teraniaya kerana orang yang menjadi mangsa penipuan itu tidak akan percaya kepada orang yang jujur itu.
Justeru, Islam menganjurkan urusan hutang piutang atau pinjam meminjam diadakan perjanjian bertulis dengan 2 saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yang memberi hutang terjamin.

Golongan Kedua
(Bakhil)

Sesungguhnya harta yang dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan mereka tidak boleh bersikap bakhil atau kedekut kerana bukan miliknya secara mutlak.
Sikap kedekut dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah kerana ada ketikanya Allah memberi rezeki kepada seseorang melalui saku orang lain.
Tetapi, disebabkan orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki orang lain.

Golongan Ketiga
(Mengungkit segala kebaikan dan pemberian)

Firman Allah yang bermaksud, “Hai orang yang beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat” (surah al-Baqarah:264).
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya. Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.
Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya.

TIP SOLEKAN

Tidak dapat dinafikan bahawa solekan mampu menyerlahkan lagi kejelitaan wanita. Tetapi lebih pentingnya, solekan mestilah bersesuaian dengan si pemakai. Berikut adalah beberapa tip solekan yang wajar diingati dan diikuti.

1) Tip solekan ceria
Untuk mendapatkan solekan yang ceria, pilihlah warna-warna solekan yang terang atau samar seperti oren, pic, merah samar atau hijau terang. Bagaimanapun, pastikan warna-warna tersebut sesuai dengan warna kulit. Selain itu, anda juga boleh mengenakan solekan yang memberikan kesan ‘shimmering’.

2) Tip solekan ringkas
Bagi mendapatkan solekan yang ringkas, anda tidak perlu mengenakan bedak asas yang terlalu tebal. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ‘two way cake face powder’ agar solekan nampak natural. Gunakan solekan yang bersifat ‘long lasting’ agar solekan mampu bertahan walaupun ia kelihatan ringkas.

3) Serlahkan matamu!
Mungkin ramai yang tidak gemar menggunakan penggaris mata kerana ia agak sukar untuk diaplikasi. Hanya mereka yang selalu berlatih akan terbiasa mengaplikasikannya. Bagi yang jarang menggunakan penggaris mata, pasti ia kelihatan comot dan tidak cantik setiap kali diaplikasi. Anda ingin mahir mengaplikasikan penggaris mata? Semak tips berikut!

- Pilih warna penggaris mata yang sesuai dengan warna mata. Untuk orang Asia, pilihan penggaris mata yang terbaik adalah warna hitam, coklat, atau merah gelap. Tetapi, walau apa pun pilihan warna penggaris mata anda, pastikan ia boleh dikombinasikan dengan warna pembayang mata.


- Sebelum menggambar garisan, sepit bulu mata terlebih dahulu. Kemudian taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan baik.

- Untuk membentuk garis mata yang tebal gunakan penggaris mata berbentuk cecair (pilihan terbaik adalah penggaris mata yang hujungnya berbulu).

- Letakkan siku pada permukaan yang mendatar dan keras agar tangan tidak bergoyang bagi menghasilkan garisan yang sempurna. Mulai dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas di mana bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang ke arah luar mata.

- Buat garisan tipis pada garis kelopak mata dari bahagian dalam mata hingga hujung mata dengan penggaris mata sambil menarik hujung kelopak mata agar kulit di kawasan tersebut dalam keadaan 'tegang'. Ini akan memudahkan aplikasi. Penggaris mata bentuk cecair yang kalis air lebih disarankan kerana ia cepat kering.

- Ingin kesan mata yang lebih tajam? Ulangi proses aplikasi sekali lagi namun tidak dimulakan dari hujung dalam mata, tetapi mulakan dari tengah lalu buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata dengan garis yang agak tebal.

- Jika ingin mengaplikasikan penggaris mata pada bahagian kelopak bawah mata, lebih baik pilih penggaris mata berbentuk pensil dan tarik hujung kelopak mata agar anda boleh melihat kelopak mata bahagian bawah dengan lebih jelas.

- Untuk mendapatkan kesan ‘smooky eyes’, oleskan pembayang mata berwarna sama dengan penggaris mata. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.

- Bagi yang memiliki mata yang bersaiz besar, cukup sekadar menarik garisan bermula dari pertengahan, bukan dari hujung mata. Untuk pemilik mata yang bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.

- Jika anda memakai penggaris mata berbentuk pensil, sapukan hujung pensil tersebut dengan kapas sebelum digunakan. Ini bertujuan supaya bahagian tersebut menjadi lebih lembut dan memudahkan anda untuk mengaplikasikannya.

- Jika garisan yang dihasilkan tidak kemas atau comot, bersihkannya terlebih dahulu sebelum membuat garisan yang baru.


4) Tip menggunakan ‘highlight pencil’
Bentuknya tidak ubah seperti pensil, namun benda kecil ini dapat menciptakan pelbagai efek pada wajah sesuai dengan keperluan solekan. Bahkan, ia boleh menyembunyikan serta menyamarkan kekurangan pada wajah seseorang. Ikuti tip berikut untuk aplikasi yang berkesan.

- Untuk efek mata yang tajam, gariskan kawasan kelopak mata yang menjadi tempat tumbuhnya bulu mata iaitu seperti anda menggunakan penggaris mata. Ulangi langkah ini sekali lagi jika anda inginkan garisan yang lebih tebal.

- Untuk kesan yang lebih semulajadi, oles garisan yang sudah dibuat dengan ‘highlight pencil’ tadi dengan span atau jari anda.

- Jika anda mempunyai sepasang mata yang terletak berjauhan, cuba sembunyikan kekurangan ini dengan mengaplikasikan ‘highlight pencil’ di bahagian tengah kelopak mata.

- Jika kedudukan mata anda terlalu dekat, lukiskan garisan di sepanjang kelopak mata, dan buat sedikit lebih tebal di bahagian hujung luar mata. Trik ini akan membuatkan kedudukan mata anda kelihatan jauh. Jika hujung kelopak mata anda ‘naik’, anda tidak perlu menambah ‘highlight’ di kelopak mata lagi, tetapi tambahkan sedikit di bawah lengkungan alis, agar kelopak mata kelihatan seimbang.

- Jika kelopak mata anda kecil, lakukan ‘highlight’ di sepanjang kelopak mata sehingga kelopak mata terlihat lebih besar.

- Jika anda tidak mempunyai kelopak mata (tiada lipatan), aplikasikan ‘highlight pencil’ ini tepat di bahagian atas kelopak mata lalu bawa ke atas iaitu ke arah tulang alis sehingga mata terlihat memiliki lebih dimensi.

- Jika anda mempunyai masalah lingkaran hitam di bawah mata, samarkan dengan cara menggunakan ‘highlight pencil’ pada kawasan tersebut, lalu tepuk dengan perlahan-lahan dengan menggunakan jari. Kemudian, letakkan sedikit bedak asas di atasnya.

Tip khusus:
‘Highlight pencil’ ini biasanya tersedia dalam pelbagai warna seperti putih, perak, emas atau krim. Sesuaikan penggunaan warna dengan warna kulit dan keperluan solekan